Saturday 22 October 2011

air percuma selangor : pemimpin yang adil atau zalim??

         seperti yang semua rakyat malaysia terutamanya rakyat di negeri selangor sedia maklum, bahawa kerajaan negeri selangor telah memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada setiap rumah di selangor.
         persoalanya adalah, adakah itu suatu tindakan yang adil? ini adalah kerana pemberian tersebut diberi kepada semua lapisan masyarakat termasuk si kaya yg sememangnya tidak memerlukan serta tidak layak menerima bantuan tersebut yang mana melibatkan jutaan ringgit perbelanjaan duit rakyat yg perlu dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada SYABAS setiap bulan. oleh itu, tindakan permberian air percuma tersebut merupakan tindakan yg bodoh serta dangkal dalam membuat percaturan berkenaan kebajikan kpd rakyat oleh kerajaan yg kononnya memperjuangkan keadilan dan kebajikan rakyat yg berpendapatan rendah yg saban hari hidup dlm keadaan tertekan dgn kos sara hidup yg semakin meningkat.
        niat asalnya mmg tidak dapat disangkal kebaikannya dlm membantu rakyat, tetapi perancangan, percaturan serta perlaksanaanya yg semborono menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan kepada rakyat mahrain di selangor. sepatutnya sebagai kerajaan yg memperjuangkan keadilan, perlu merancang dan bertindak dgn adil dengan memberikan sesuatu pemberian kepada mereka yg benar2 berhak dan memerlukan, bukan dengan sewenang2nya pukul rata tanpa arah tuju yg jelas. apa kejadahnya memberi air percuma kepada org2 kaya yg memiliki rumah2 besar, sedangkan jika rumah2 tersbut dikecualikan pemberian air percuma, hasil penjualan air tersebut dpt dimanfaatkan dlm membantu ramai lagi rakyat miskin yg sebahagian besarnya merupakan rakyat "miskin bandar" di lembah kelang.
         oleh itu, adalah dinasihatkan supaya rakyat malaysia, terutamanya rakyat di negeri selangor memikirkan semula tindakan memberi mandat dan kuasa pemerintahan kepada pemimpin yg jahil yang hanya tahu bermain dengan retorik kononya sebagai pemimpin yang adil, tetapi hakikatnya tindakan yang sebenar persis tindakan seorang pemimpin yang zalim kerana gagal memahami konsep keadilan yang sebenarnya.
          definisi adil ialah meletakan sesuatu pada tempatnya, jadi, jika gagal untuk berlaku adil, maka ia adalah zalim!!!!!!

No comments:

Post a Comment