Saturday 22 October 2011

Sewa gerai naik 300%: Inilah hasil negeri berkebajikan

         
Isu kenaikan sewa tapak gerai sebanyak empat kali ganda yang didakwa membebankan para peniaga dan penjaja kecil di Taman Puchong Indah dekat sini rupa-rupanya berlaku di seluruh negeri Selangor. Jika sebelum ini semua penjaja di pasar pagi dan pasar malam hanya perlu membayar sewa gerai sebanyak RM1 sehari tetapi kini jumlah yang perlu dibayar ialah sebanyak RM4 sehari atau bersamaan dengan RM1,490 setahun.

Difahamkan tujuan utama kenaikan tersebut bertujuan untuk membayar kos pengurusan sampah termasuk membaik pulih jalan yang digunakan oleh penjaja terbabit.

Kenaikan sebanyak 300% ini diakui oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan dilaksanakan di seluruh negeri ini. Apa yang peliknya apabila kerajaan Barisan Nasional (BN)  menyelaraskan harga barangan, pembangkang tidak boleh menerima alasan berkenaan tetapi mereka sendiri bertindak sesuka hati menaikkan sewa gerai tanpa alasan munasabah. Cuba bayangkan berapa kos yang diperlukan untuk peniaga kecil menyewa sebanyak 4 tapak khususnya yang menjual pakaian ataupun barangan basah? Di mana slogan ‘negeri berkebajikan’ yang Pakatan Rakyat (PR) laung-laungkan pada pilihan
raya umum lalu. Sudahlah banyak manifesto yang tidak berjaya dilaksanakan, kini hak rakyat pula diambil satu persatu. Jelas peniaga kecil di negeri ini terpaksa menanggung tambahan kos yang tinggi akibat kelemahan pemerintahan PR yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menjadi boneka DAP. Malangnya mereka bersikap baling batu sembunyi tangan dengan menyalahkan kerajaan BN. Inilah sifat munafik pembangkang yang perlu rakyat Selangor lihat hasil penasihat ekonomi bernilai RM1!.

No comments:

Post a Comment