Tuesday 27 March 2012

BELIA TERCICIR DI SHAH ALAM SENTIASA DI BELA



Nasib belia yang kurang bernasib baik atau tercicir tidak pernah sama sekali dilupakan oleh kerajaan pusat serta UMNO khususnya bagi belia di negeri Selangor. Ini terbukti dengan penubuhan Pemuakafatan Badan Ilmiah Nasional  ( PEMBINA ) bagi membantu golongan tersebut supaya tidak terus ketinggalan serta hanyut dalam arus kemodenan masa kini.

Projek PUNCAK yang merupakan singkatan dari perkataan “ Perkasa Usaha Untuk Cipta Kejayaan” yang dilancarkan pada  hari Sabtu, 4 hb. Februari 2012, bertempat di Dewan Perdana, Grand Bluewave, Shah Alam, adalah merupakan satu projek khas PEMBINA untuk membantu dan membimbing golongan warga muda yang kurang bernasib dalam bidang akademik, bagi membina asas keyakinan diri, berperibadi positif dan seterusnya diberi peluang menceburi diri dalam kerjaya yang sesuai dengan minat mereka dalam industri-industri ternama Negara.

PUNCAK mendapat kerjasama daripada DRB-HICOM yang begitu komited dan prihatin terhadap masa depan kumpulan sasaran dan UMNO Bahagian Shah Alam yang berusaha mendapatkan golongan muda yang kurang bernasib itu menyertai program yang dirancang di bawah projek PUNCAK ini.

Majlis Pelancaran PUNCAK dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Hj. Mohd. ShafieHj. Afdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Merangkap Pengerusi PEMBINA. Selain ucapan perasmian oleh Y. B Dato’ Seri Pengerusi PEMBINA, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Hashim Meon, selaku Presiden Yayasan Kempimpinan Strategi Malaysia ( YKSM ) Merangkap ALPA PEMBINA telah memberi ucapan aluan dalam majlis ini. Selain daripada itu, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Nawawi Md. Zin, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Shah Alam turut memberi ucapan. Majlis ini dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu termasuk semua peserta yang menyertai projek PUNCAK. Peserta hadir bersama-sama keluarga masing-masing.

Yang demikian, diharap agar mereka yang tergolong dalam golongan berkenaan mengambil peluang keemasan ini yang  diwujudkan bagi memberi peluang kedua untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment